05 October 2012

IZATUL GANTI SERINA DALAM INSPIRASI KOKO 6


Menggantikan pengacara yang sememangnya sudah popular iaitu Serina Redzuawan bukanlah halangan bagi pengacara baru Izatul Akmal untuk mencipta nama. Malah tugas yang digalas untuk mengendalikan 'Inspirasi Koko musim 6' yang bersiaran di TV2 (Ahad ini, pukul 5 petang) menjadi pemacu bakatnya dalam bidang pengacaraan.

Ini kerana, ketiadaan Serina yang kini sedang sibuk mengendalikan sebuah rancangan khas yang diberi judul 'Jelajah Rasa Etnik' di seluruh Asia bagai membuka ruang untuk Izatul berkembang. Sehubungan itu. Izatul bertekad memastikan kelangsungan rancangan Inspirasi Koko itu terus diminati ramai.

Klik untuk imej besar...



Hakikat itu turut disokong oleh penerbitnya Azlan Abdullah yang yakin Izatul mampu menarik lebih ramai penonton yang dahagakan pembaharuan. Katanya, kejayaan sesebuah program itu bukan terletak pada populariti pengacaranya semata-mata tetapi pada agenda yang dipaparkan bagi faedah bersama.

Tambah Azlan, antara yang dipaparkan nanti ialah Kreatif Koko dan Tirai Koko yang amat berguna dalam maklumat kegunaan, khasiat dan kebaikannya. Malah dalam musim ini juga, mereka akan ke 26 lokasi bagi mendidik golongan muda mengenai kebaikan dan khasiat koko.



Untuk info, Inspirasi Koko merupakan sebuah program khas yang diterbitkan oleh Sazawan Supply Sdn Bhd dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia (LKM) bagi mendidik penonton tentang khasiat koko. Majlis pelancaran program tersebut telah berlangsung di Restoran Sri Melayu, Kuala Lumpur semalam dan turut dihadiri oleh Chef Amer Hamzah selaku hos bersama, penggubah dan tukang masak.

Turut dipamerkan dalam majlis itu ialah beberapa gubahan dan barangan yang dibuat daripada koko seperti Cocoa Butter, gubahan kueh coklat, Chef Nan Culture (gubahan beg dan kasut), alatan solek dan sebagainya.















No comments: