02 October 2012

NEELOFA MALU BILA HANS DIAM DIRI


Bak kata pepatah, takkan perigi mencari timba!

Begitu jugalah halnya dengan Neelofa yang digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Hans Isaac. Katanya, dia tidak mahu bercerita banyak mengenai perkara itu kerana ia boleh mengundang persepsi yang buruk dikemudian hari.

Klik untuk imej besar...



"Ia adalah satu bentuk tindakan yang kurang manis. Malah ia juga tidak adil buat saya kerana lelaki itu (Hans) jarang membuka mulut mengenai hal kami selama ini.

“Kalau boleh saya sudah tidak mahu beri apa-apa kenyataan berhubung kisah saya dan Hans lagi. Sebagai gadis Melayu, saya anggap tindakan itu kurang manis dan tidak adil bagi pihak saya.



“Sejak awal-awal lagi, cuma saya yang banyak bercakap mengenai cerita (hubungan) itu sedangkan dia hanya berdiam diri. Rasa tidak seronok juga apabila saya sahaja yang buka mulut,” katanya ketika ditemui media.

Bagaimanapun, Neelofa mengakui hubungan mereka yang bermula sejak beberapa bulan lalu masih baik dan berjalan lancar.

“Kami masih berkawan seperti biasa dan tiada apa-apa yang serius buat masa ini. Dia baru sahaja melalui kejadian sedih selepas kehilangan ibunya.

“Jadi saya tidak mahu mengusutkan keadaan dengan cerita remeh-temeh sebegini,” ujarnya bersungguh.



No comments: