09 November 2012

DUA KALI GAGAL, HATTAN SERIK KAHWIN?




Faktor usia membuat Hattan, 47, atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin enggan bercinta lagi. Ini kerana, kegagalan sebanyak dua kali dalam rumah tangga sebelum ini seolah-olah membuat beliau serik untuk mencari pasangan.

Menurut penyanyi yang popular melalui lagu 'Biso Bonar' itu, dia sudah malas nak memikirkan soal kahwin memandangkan usianya sekarang sudah tidak sesuai untuk kembali bercinta.

Hattan dan anaknya Adam Iman...



"Buat masa ini memang saya tidak mempunyai sesiapa dalam hidup melainkan kerjaya dan anak lelaki tunggal iaitu Adam," ujarnya kepada media.

Namun katanya, dia tidak menolak sekiranya Allah memberikan jodoh suatu hari nanti.

Terdahulu, ketika ditanya mengenai gosip yang beliau bakal kembali berkahwin dengan bekas isteri pertama iaitu Arianie Mohd Abidin, Kata Hattan dia pernah mencuba ke arah itu selepas bercerai buat kali kedua pada Januari lalu. Bagaimanapun, semuanya kini terletak pada ketentuan Tuhan untuk menjadikan ia satu realiti.

Ini kerana, hubungannya dengan bekas isteri masih rapat sebagai rakan baik demi kepentingan anak lelaki mereka, Adam Eiman yang kini berusia 14 tahun.

"Kalau ada jodoh saya dengannya lagi saya akan terima dan kalau tiada saya dan dia masih berbaik demi kepentingan anak kami," jelasnya.

Takdir - Jodoh Hattan dengan Noorfarashikin hanya 2 bulan...


Untuk pengetahuan bersama, Hattan dan Arianie berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor. Seterusnya beliau berkahwin pula untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah selepas dua bulan hidup bersama.

No comments: