Majlis pernikahan anak kepada penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid, 61, iaitu Kayda Aziz telah pun berlangsung apabila dia kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Syafiq.
Menerusi perkongsian beberapa rakan artis, majlis akad nikah pasangan ini dipercayai berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam satu video yang dimuat naik pengacara dan penyanyi Hunny Madu, dia turut berkongsi detik gembira meraikan hari bahagia Kayda dan pasangannya.
Klik untuk gambar besar
Melihat pada foto dikongsikan, Afgan telah merakamkan kenangan bersama pengantin dan Sheila atau nama sebenarnya, Shahueila Abdul Majid.
Sebelum Kayda dinikahkan, Sheila telah memuat naik video anaknya diraikan dalam majlis khatam al-Quran.
Pada Jun tahun lalu, Sheila berkongsi gambar sekitar majlis bertunangan anaknya bersama Syafiq.
Untuk makluman, Kayda merupakan anak sulung Sheila hasil perkahwinan pertamanya bersama komposer Roslan Aziz.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!









No comments:
Post a Comment