20 February 2026

BEKAS ISTERI AZIZ M OSMAN, PUTERI LILY SELAMAT BERNIKAH LAGI : "JUJUR BUKAN SENANG NAK BUAT KEPUTUSAN..."



"Bismillahi Masya-Allah ❤️ 14.2.26. Selepas tiga tahun sebagai ibu tunggal, akhirnya saya bernikah semula. Jujur bukan senang nak buat keputusan, mungkin kerana sudah terbiasa hidup sendiri.

"Bukan senang juga untuk Ara Aziz (anak sulung) terima orang baru dalam hidup kami. Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Jodoh memang datang pada waktu kita tak sangka 🙂

"Sempena berkat bulan Ramadan, saya mohon doakan yang terbaik untuk keluarga kecil kami. Semoga perjalanan baru ini membawa bahagia untuk saya dan anak-anak.

"Terima kasih juga kepada semua yang terlibat di dalam majlis yang serba sederhana ini. I love u all.. Salam Ramadan dari keluarga kecil kami ❤️"

Klik untuk gambar besar

Itulah kata Puteri Lily Lokman, 35, dimana penerbit AceMotion Production itu berkongsi berita gembira bahawa dia telah selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pasangan pilihannya iaitu Azri Musa, 37, pada 14 Januari lalu.

Puteri Lily yang memuat naik foto sekitar pernikahannya itu di media sosial turut memohon doa yang baik daripada orang ramai.

Dalam masa sama, ibu dua cahaya mata itu juga berkongsi kegembiraan yang disifatkan bukan keputusan mudah dibuat untuk berkahwin semula apabila terbiasa hidup sendiri selama tiga tahun.
Difahamkan, Puteri Lily bertemu jodoh dengan Azri bukan penggiat seni, sebaliknya kontraktor.

Sementara itu, bapa kepada Puteri Lily yang juga pengarah teater, Lokman Ghani, 65, berkata, menantunya masih bujang dan sangat bersyukur apabila anaknya dipertemukan jodoh semula.

Untuk makluman, Puteri Lily pernah berkahwin dengan pengarah filem yang juga pelakon, Aziz M Osman, 63, pada 6 Jun 2010, namun bercerai pada 2023.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua sepasang cahaya mata iaitu Puteri Nur Azzahra atau Ara, 15, dan Putera Muhamad Aryan, 8.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: