"Sebenarnya jadual kerja saya agak padat sejak kami berkahwin. Kerja 'back to back'. Ada konsert lagi. Suami pun sibuk menguruskan bisnes kafe.
"Insya-Allah kami berhajat untuk melakukan jelajah ke masjid-masjid untuk menunaikan solat tarawih. Sewaktu saya buat p0dcast Kasi Onz ustaz ada berkata lebih afdal kalau berjemaah bersama."
Demikian jelas pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, dimana sepanjang Ramadhan ini, dia dan suaminya iaitu Ezwan Zain merancang menjelajah masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Ezwan berkata, selepas sekian lama hidup bersendirian, dia berasa teruja menyambut Ramadhan bersama isteri tersayang.
"Perasan itu lebih kepada teruja. Erra pun dah lama berbuka puasa seorang diri. Kali ini ada peneman. Saya sejenis orang yang ringkas.
"Saya makan apa sahaja yang disediakan isteri sewaktu sahur mahupun berbuka. Lagipun hanya kami berdua di rumah. Aleesya akan datang kadang-kadang," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment