"Saya kehilangan abah pada 2023 dan hilang abang pada 2024. Dua kehilangan besar dalam keluarga kami, tetapi dalam kedua-dua kehilangan ini, masih ada mak di belakang kami.
"Mak jadi tulang belakang keluarga untuk kami kuat dan bersatu. Tapi apabila kami hilang mak, kami seakan hilang arah. Penyatu kasih kami sekeluarga sudah tiada."
Demikian ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Hanif Miswan, menerusi satu hantaran di media sosial, dimana dia menyifatkan pemergian ibunya, Allahyarham Mazidah Abdullah kira-kira setahun lalu sebagai titik terendah dalam kehidupannya.
Melihat pada hantaran tersebut, Hanif telah berkongsi rasa hiba apabila mengenangkan pemergian insan tercinta yang dijemput Ilahi sehari sebelum ketibaan Ramadan tahun lalu.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, akui Hanif, terlalu banyak kenangan yang ditinggalkan oleh arwah ibunya dan berhubung itu, dia pernah mengalami tr@uma untuk pulang ke kampung halamannya.
"Saya sampai tr@uma, t@kut nak balik kampung tempat saya dibesarkan. Sebab setiap sudut dan setiap pandangan, ada bayangan mak.
"Di tempat itu, saya masih ibarat anak bongsu yang makan pun disuap mak. Kalau tidak cukup duit pun masih mengadu kepada mak walaupun tahu mak hanyalah suri rumah sahaja," tuturnya.
Bukan itu sahaja, malah Hanif turut berkongsi, kesan kehilangan itu menyebabkan dia memilih untuk mengasingkan diri dan hilang punca sehingga tidak mempedulikan kerjaya sepanjang Ramadan tahun lalu.
Disamping itu, Hanif berkata, meskipun suasana Ramadan tidak sama seperti dahulu, dia bagaimanapun memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk bertemu bulan mulia itu sekali lagi pada tahun ini.
Menerusi hantaran sama, Hanif turut menitipkan pesanan buat orang ramai agar menghargai ibu bapa selagi mereka masih ada.
"Buat kalian yang masih bertuah punya ibu dan bapa, hargailah. Kerana sejauh mana pun kita bersedia untuk kehilangan mereka, hakikatnya kita tidak akan pernah benar-benar bersedia," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment