"Bangun sahur, tak kisahlah (video ini) kepada semua rakyat. Saya kejut ini, semua bangun. Mak ayah, keluarga semua bangun. Syafiq Kyle dan isteri, Remy Ishak, Cik Epal, Ammar semua bangun.
"Sekarang ini saya kejut tau. Bangun," itulah kata pelakon Kamal Adli dalam satu hantaran di Thr£ads miliknya, dimana dia sekali lagi mencvri perhatian apabila berjaya mengejutkan 'rakyatnya' untuk bangun bersahur pada hari kedua Ramadan.
Dalam kejut sahur itu, Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, bukan hanya menyasarkan netizen, malah turut memetik beberapa nama rakan selebriti dalam hantaran berkenaan.
Klik untuk gambar besar
"Oh satu lagi, Uqasha Senrose, bangun kejut Hawra sahur sekali," tuturnya pada hantaran itu yang menerima pelbagai reaksi netizen, dimana ada yang berasa sebak apabila Kamal tidak melupakan bekas isterinya.
"Cara dia sebut Uqasha dan anak itu... Lawak tapi dalam masa sama kesian."
"Yang terakhir itu betul-betul lain rasanya," antara komen-komen netizen.
Sebelum ini, Kamal tampil memohon maaf selepas gagal mengejutkan 'rakyat' untuk bangun sahur kerana terlewat bangun.
Untuk makluman, Kamal pernah mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Bagaimanapun, pada 12 Januari lalu, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Hasil perkongsian hidup, Kamal dan Uqasha telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment