20 February 2026

HADIAHKAN KATIL HOSPITAL DEMI KESELESAAN - LAYANAN NUBHAN TERHADAP IBUNYA, MAK JENNY BUAT NETIZEN TERSENTUH



Penyanyi Nubhan, 40, baru-baru ini telah memuat naik satu perkongsian di media sosial dimana dia telah menghadiahkan sebuah katil hospital yang mempunyai fungsi serbaguna buat ibunya, Badariah Omar atau lebih mesra disapa Mak Jenny.

Maklum Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, katil baru itu adalah demi memberikan keselesaan kepada ibunya agar dapat berehat.

Dalam pada itu, jelasnya lagi, ibunya itu tidak mengalami s@kit yang s£rius, namun faktor usia menyebabkan keadaan fizikalnya semakin lemah dan tidak sekuat dahulu.

Klik untuk gambar besar

"Mak bukan s@kit teruk cuma umur dah makin meningkat badan pun tak sekuat dulu. Semua yang saya bina hari ini bermula dengan tangan wanita ini (ibu).

"Sekarang makin tak larat. Saya tak mampu bal@s segalanya, sekurang-kurangnya saya pastikan mak selesa," tutur penyanyi 'Andai D£rita' itu yang turut memberitahu, katil lama agak tinggi sehingga menyebabkan ibunya sukar untuk bergerak.
Perkongsian Nubhan itu telah mendapat pelbagai reaksi serta mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang memuji sikap penyayang dan tangungjawabnya sebagai seorang anak yang sentiasa mengutamakan kebajikan ibunya.

"Nubhan ni saya puji bab menjaga kebajikan omak Jenny (ibu Nubhan) memang nombor satu. Alhamdulillah syurga dunia dan akhiratnya."
"Kenapa aku rasa sebak tengok Nubhan melayan mak dia. Mungkin sebab saya seorang mak, terasa pula bila anak-anak begitu prihatin."

"Aku tengok content kau ni bang aku pula yang berair air mata. Terubat rindu aku dapat tengok mak orang lain digembirakan oleh anak dia," antara komen yang tulis netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: