16 November 2012

INFO DRAMA - 10 TELEMOVIE TRIBUTE P.RAMLEE


Suhan Movies & Trading Sdn Bhd telah menghasilkan 10 Telemovie khas untuk slot 'TRIBUTE' P Ramlee dan ia kini dalam proses tayangan di RTM (TV1). Slot 'Tribute' P Ramlee ini menampilkan telemovie khas mengetengahkan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee dengan harapan karya-karya seniman agung itu akan terus dihargai.

Apa yang menarik, kesemua telemovie tersebut telah diarahkan oleh beberapa pengarah ternama seperti Bade haji Azmi dan dibintangi oleh ramai pelakon berpengalaman.

Klik untuk imej besar...



Dan antara yang bakal ditayangkan nanti ialah telemovie berjudul 'Miang Buluh Keladi Birah' arahan Bade haji Azmi yang diilhamkan melalui lagu berjudul 'Itulah Sayang'.

"Miang Buluh Keladi Birah' mengisahkan Anisah yang kematian suami sejak tujuh tahun lalu, mula berasa bosan tinggal di bandar. Dia ingin kembali ke kampung halamannya kerana merasakan ketenangan desa lebih menyegarkan mindanya dalam menghasilkan skrip-skrip drama yang bermutu. Anisah menyuarakan impian itu kepada anak tunggalnya, Daniel. Ternyata Daniel menyokong hasrat ibunya untuk kembali ke kampung memandangkan rumah pusaka peninggalan datuknya terbiar begitu sahaja.



Seperti yang dirancangkan, Anisah dan Daniel akhirnya pulang ke kampung. Mereka tinggal berjiran dengan Jalal yang bekerja sebagai penjual ikan dan sayur. Jalal seorang duda yang kematian isteri 12 tahun lalu dan kini tinggal bersama anaknya, Fara.

Selanjutnya, drama semi komedi ini bertambah menarik dengan konflik antara dua jiran tersebut yang akhirnya membawa kepada perasaan cinta. Pastikan anda menonton telemovie ini yang akan bersiaran pada 18 November ini jam 9.00 Malam di TV1.


Gambar-gambar telemovie 'Miang Buluh Keladi Birah'











No comments: