01 November 2012

ISU RUMAH TANGGA - CHEF WAN ARAH 'TUTUP MULUT'


Kalau tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang!

Peribahasa ini mungkin ada kena mengena dengan Chef selebriti, Chef Riz yang didakwa mengalami masalah rumah tangga. Lebih mengejutkan, Chef Riz juga didakwa beberapa hari lalu dilihat mengunjungi Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor seolah mahu mengambil borang cerai.

Dan bila ditanya oleh media, beliau mengakui perkahwinannya dengan Ana Dahlia memang bergolak. Katanya ia memang lumrah dalam mana-mana perkahwinan kerana perselisihan kadangkala sukar untuk dielakkan.




"Saya sayangkan dia (Ana) dan saya harap jodoh kami panjang. Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu, tunggu sahajalah perkembangannya," tambahnya.

Bagaimanapun, Anak Chef Wan ini tidak mahu mengulas lebih panjang tentang masalah rumah tangganya kerana bimbang ia disalahertikan. Malah gosip yang berlegar hingga mendakwa Ana Dahlia curang terhadap suaminya turut disangkal sendiri oleh aktres terbabit.

Terdahulu, bapanya Chef Wan turut tidak mahu mendedahkan apa yang berlaku terhadap rumah tangga anaknya itu. Katanya, dia sesekali tidak akan membuka pekung di dada tetapi telah mengarahkan anaknya Chef Riz dan Ana Dahlia agar menutup mulut.

“Berdiam diri adalah cara terbaik dalam menghadapi isu ini kerana ia adalah urusan peribadi perkahwinan mereka, bukan urusan anda semua," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini, meskipun mengetahui status Ana sebagai seorang janda, namun Chef Wan tetap menerimanya sebagai menantu sekaligus menangkis pelbagai kritikan yang dihamburkan terhadap Ana.

Untuk maklumat, Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, telah bernikah dengan Chef Riz, 31, pada 11 Disember 2011. Dalam majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 dan mas kahwin RM1,001 berserta sebentuk cincin.

Kontroversinya berlakon separuh bogel dalam satu adegan filem Mantra telah menjadi bualan ramai. Bagaimanapun Ana menafikan yang dia sengaja berbuat begitu untuk meraih publisiti murahan tetapi dakwanya ia adalah kehendak penerbit.







No comments: