01 November 2012

INFO TEATER - TATOO GESTAPO DEDAH DILEMA BANDUAN


Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Wan Azli Wan Jusoh tetapi ramai yang pernah dengar filem Budak Kelantan yang menimbulkan fenomena pada 2008 kerana memaparkan jujur di layar perak.

Dalam arena teater pula Wan Azli yang mesra dengan panggilan Wae pernah mengarah teater yang kemudiannya dibawa ke filem oleh Nam Ron, Agi Ni Jadi Jjaha’ (2006), Supertui! Dan Transit Kaler Magenta (2006), Cikgu Mizi (2006) dan Asrar (2010) juga Asrar2 (2011).




Wae kini akan memulakan pengarahan beliau bersama Rumah Anak Teater melalui pementasan Tattoo Getapo lakonan Benjy, Pekin Ibrahim, Azman Hassan dan pelakon baruhasil didikan Rumah Anak Teater, Doul.

Rumah Anak Teater memilih beliau untuk mengarah projek terbaru mereka, Tattoo Gestapo atas kewibawaan beliau selama ini dan telus dalam membawa sesuatu naskah itu.

Apabila bertanya mengenai penarikan pengarah asal Hariry Jalil, penerbit eksekutifnya, Faisal Mustaffa memberitahu bahawa Hariry sendiri yang memaklumkan kepadanya bahawa beliau menarik diri tanpa memberi sebarang alasan. Oleh yang demikian, Nam Ron yang bertindak sebagai Pengarah Artistik bagi pementasan itu telah mencadangkan Wae untuk memikul tanggungjawab tersebut.

“Selepas meneliti jalan cerita yang berkisar mengenai dilema banduan-banduan dalam penjara yang akan dijatuhkan hukuman mati, Wae menerimanya”, jelas Faisal.

Faisal bersyukur dengan persetujuan tersebut dan mengaggap bahawa Wae amat bersesuaian dengan naskah ini. Pelantikan Wae sebagai pengarah Tattoo Gestapo ini juga telah diteima baik oleh seluruh tenaga produksi termasuk pelakon-pelakonnya yang diterajui oleh Benjy dan Pekin Ibrahim.

Atas pelantikan beliau juga telah memberi kepercayaan untuk exco Kebudayaan Negeri Selangor, YB Rodziah Ismail untuk menaja separuh daripada kos pementasan tersebut dan seterusnya menjadi salah satu program kesedaran rakyat Negeri Selangor mengenai risiko pengedaran dadah dan hukuman mati.

Teater Asrar2 yang dipentaskan pada 2011 juga ditaja sepenuhnya oleh Kebudayaan Negeri Selangor dan Perbadanan Adat Melayu Selangor (PADAT).


Sinopsis:

“Hidup kita macam Gestapo. Polis Rahsia. Tak siapa tahu siapa diri kita yang sebenar. Kita hidup dalam rahsia. Sedar-sedar je, kita dah bunuh orang.” Cuba untuk menukar tempat – Algojo pula menjadi banduan dan menunggu hukuman gantung.Lokman, seorang Algojo bermimpi dirinya dikenakan hukuman gantung. Kemudian, dia bertemu dengan seorang banduan yang akan digantung, dia meminta banduan tersebut menyelesaikan misteri mimpinya. Hanya keampunan pada diri sendiri menjadi jawapan mimpi Lokman.

Tattoo Gestapo akan dipentaskan di Free.Space@Kakiseni di SSTwo Mall, Petaling Jaya pada 22-25 November 2012. Tiket berharga RM20 boleh diperolehi dengan menghubungi 012-2356417.

No comments: