09 December 2012

16 GAMBAR - BETTY BENAFE SELAMAT NIKAH BRUCE DARGHOUS


Akhirnya, hajat pelakon dan penyanyi Betty Benafe untuk mendirikan mahligai bahagia tercapai jua apabila beliau selamat diijabkabulkan dengan Bruce Darghous, lelaki kacukan England dan Lebanon di Kempas, Johor Baru, semalam.

Mereka telah dinikahkan dalam sebuah majlis kecil yang diadakan di kediaman keluarga oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Johor, dengan sekali lafaz sahaja.

Klik untuk imej besar...



"Walaupun terdapat pasang surutnya sepanjang menjalinkan hubungan ini, namun saya gembira kerana ia berakhir menjadi sebuah ikatan suami isteri.

"Saya harap perkahwinan ini akan kekal sehingga akhir hayat," ujarnya kepada media.

Difahamkan, majlis resepsi akan diadakan pada 12 Disember ini di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor dan mereka merancang untuk berbulan madu di Pulau Sipadan, Sabah.


































Photo: Saza Studio


No comments: