01 December 2012

AJL 27 - KEMBALINYA TIRU GAYA ARTIS


Anugerah Juara Lagu ke-27 kini kembali lagi! Seramai 12 finalis telah dipilih dalam Peringkat Akhir Muzik-Muzik yang lalu dan bakal berentap dalam merebut kejuaraan pada 6hb Januari 2013 nanti.

Bagi memeriahkan lagi Anugerah Juara Lagu untuk kali ke-27, Alt Media dengan bangganya membawakan sekali lagi peraduan Tiru Gaya Artis untuk musim ke-3. Mereka yang berminat hanya perlu melakonkan kembali persembahan 14 artis yang pernah bertanding di Anugerah Juara Lagu sejak 1986 sehingga 2011. Kesemua 14 video tersebut boleh ditonton menerusi laman sesawang www.tv3.com.my/ajl27




Malaysia akan mengundi 10 video terbaik & pemenang akan di nobatkan sewaktu Anugerah Juara Lagu 27 berlangsung di Bukit Jalil. 10 video yang terbaik akan turut menerima jemputan sebagai tetamu VIP dan juara berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM5,000 di AJL27 nanti.

Hantarkan video secara online di www.tv3.com.my/ajl27 dan 10 peserta terbaik akan dipilih ke pusingan akhir. Juara akan dipilih daripada 10 finalis akhir berdasarkan undian awam. Penyertaan video kini dibuka sehingga 20 Disember 2012.

No comments: