26 December 2012

6 GAMBAR - BILA SHILA KEMPUNAN WMA 2012

Dalam laporan myartis sebelum ini, World Music Awards 2012 (WMA 2012) yang sepatutnya berlangsung di Marlin Park, Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 22 Disember lalu telah pun ditunda oleh penganjurnya.

Selain masalah visa, penganjur juga memberi alasan bahawa mereka mahu menghormati mangsa tembakan yang berlaku terhadap pelajar sekolah di US.

Klik untuk imej besar...



Namun dalam pada itu, ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku terhadap penyanyi kita Shila Amzah yang telah bertolak ke Miami pada 19 Disember lalu? Apakah penyanyi yang tercalon dalam dua kategori iaitu Best Female Artist dan Best Entertainer of The Year itu hampa dan sekaligus terkandas di sana?

Bagaimanapun, untuk info... sebenarnya Shila dengan bijak telahpun menukar jadualnya apabila diberitahu mengenai masalah tersebut. Beliau dikatakan telah berjalan-jalan dan bershopping di sekitar Miami sebagai pelancong.

Lebih menarik, Shila juga dikhabarkan telah membeli lebih kurang 20 pasang kasut di sana sebelum pulang ke Malaysia semalam. Iyalah... bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Tak gitu?











No comments: