24 December 2012

SELEPAS ABBY - ZUL ARIFFIN AKUI CINTAI GAYATRI


Jika sebelum ini Zul Ariffin, 26, pernah didakwa oleh Abby Abadi melukakan hatinya gara-gara meninggalkannya begitu sahaja, kini episod cinta Zul sudah berubah. Hatinya sudah beralih arah ke penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai yang sememangnya mempunyai semangat waja sebagai pejuang seni.

Dan secara terus-terang, Zul mengakui hubungan cinta mereka sudah tujuh bulan terjalin namun mereka masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing. Dalam hal ini, nampaknya Zul meminati wanita yang lebih matang dan mempunyai karisma dalam hidup.

Zul dan Gayatri - usia bukan halangan...



"Benar saya dan dia (Gayatri) bercinta. Saya mengenali Gayatri ketika penggambaran filem Penanggal. Namun kami menjadi semakin rapat setelah berakhirnya penggambaran tersebut. Kami tidak banyak berkomunikasi sepanjang berlangsungnya penggambaran dan hanya bertegur sapa pada tempoh tersebut.

"Seperti semua tahu, dia seorang yang sangat disenangi ramai dan antara tarikan lain membuatkan saya jatuh hati kepadanya ialah perseonalitinya yang lemah lembut.

"Kami lebih rapat apabila masing-masing sangat serasi dalam membincangkan sesuatu perkara. Malah saya sangat selesa apabila berada disisinya," ujar Zul tanpa berselindung.

Tinggal kenangan...


Untuk maklumat bersama, gosip antara Zul dengan Gayatri sudah mula tersebar beberapa bulan lalu namun mereka berdua ketika itu masih mahu bermain teka-teki dengan media.

Mengenai soal usia Garatri yang lebih matang darinya, ini jawab Zul, "Sejak dahulu lagi, saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau had umur dalam menjalinkan sesebuah hubungan.

"Begitu juga sekarang, cinta saya terhadap Gayatri ikhlas. Apa-apa pun hubungan ini masih lagi baru dan kami belum lagi memikirkan ke arah perkahwinan."

No comments: