22 December 2012

SUMALI & ANNE NGASRI SAH SUAMI ISTERI


Ikan di laut, asam di darat... dalam periuk bertemu jua. Demikianlah pribahasa yang tepat buat Anne Ngasri, 28, yang menikahi Mohd Sumali Reduan, 40, hari ini. Untuk info, Anne menjadi isteri buat kali kedua apabila Sumali melafazkan akad dengan sekali lafaz sahaja.

Klik untuk imej besar...



Terdahulu, Anne menerima wang hantaran sebanyak RM11,111 serta lima buah dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas, dan sepersalinan baju.

Manakala Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO itu turut menerima hantaran berupa set wangian Bvlgari, jam tangan enama Cerruti 1881, sepersalinan baju dan sebentuk cincin. Tahniah diucapkan..!















No comments: