26 December 2012

KAHWIN LARI - FAZURINA MOHON MAAF PADA IBU


Jika sebelum ini Siti Fazurina hanya berlakon dalam drama yang diarahkan oleh pengarah sesebuah drama, namun berita terkini mengenai kes kahwin larinya bertukar menjadi 'drama sebenar'. Dalam satu sidang akhbar yang dilakukan oleh pelakon itu, Fazurina sekadar sempat memeluk dan memohon maaf kepada ibunya dalam beberapa saat sahaja.

Drama tersebut berlaku sebaik tamatnya sesi sidang media apabila Fazurina terlihat ibunya bergegas keluar. Mungkin kerana rasa berdosa, pelakon itu mengejar ibunya untuk memohon kemaafan lantas peluk memeluk berlaku dalam beberapa saat sebelum si ibu 'menolak' Fazurina bagi mengelak pandangan pihak lain.

Klik untuk imej besar...



Malah terdahulu, ibu Fazurina juga menolak pelawaan media untuk merakamkan gambar anaknya memohon maaf dalam keadaan harmoni.

"Sebelum ini, saya pernah menemui ibu untuk berbincang, selain memohon restu untuk berkahwin sebaliknya ditolak. Hati saya cukup terguris dengan apa yang terjadi kerana sebagai anak, saya pasti berharap perkahwinan ini direstui keluarga.







"Sebagai anak, saya tahu ibu kecil hati apabila saya bertindak begini, tetapi saya tidak mempunyai pilihan. Inilah keputusan muktamad dan tidak mungkin akan ditarik balik. Kami kini sah suami isteri kerana cinta, kasih dan sayang hanyalah untuk Hykal," demikian ujar Fazurina ketika diminta komennya oleh media.

Bagaimanapun, bagi kita yang mendengar dan melihat perkembangan pelakon ini, memang wajar beliau menyayangi suaminya, namun kasih sayang pada si ibu biarlah seiring dan sama rata. Kerana walau sebesar manapun tanggungjawabnya pada suami, tanggungjawab pada ibu yang melahirkan dan membesarkan tetap satu amanah yang harus dipikul.

Seeloknya, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Dalam hal ini, salah satu pihak haruslah mengalah dan sanggup bertolaransi demi ikatan silaturahim antara mereka.













No comments: