10 December 2012

KONSERT 12-12-12 BAKAL CATAT SEJARAH


Nombor "12-12-12" merupakan hari keramat bagi konsert yang bakal berlangsung di Madison Square Garden, New York, Amerika Syarikat. Ini kerana, tarikh 12hb Disember 2012 itu akan mencatat sejarah sebagai acara muzikal secara langsung pertama yang akan ditayangkan seluas acara-acara Super Bowl, the Academy Awards®, dan the Grammys® bagi membantu mangsa Taufan Sandy.

Terima kasih kepada kemurahan hati penganjur konsert, penaja, dan lembaga pengarah Robin Hood, setiap sen daripada pembelian tiket dan derma akan diberikan kepada mangsa Taufan Sandy melalui Tabung Bantuan Robin Hood. Tabung Bantuan Robin Hood menyediakan wang, material dan maklumat untuk organisasi tempatan yang sedang berkhidmat kepada keluarga dan individu di kawasan yang paling teruk dilanda oleh ribut.

Klik untuk imej besar...



Untuk info, konsert tersebut akan disiarkan secara langsung di Malaysia, melalui Sundance Channel pada 13hb Disember (8:30am) serta siaran ulangannya pada 14hb Disember (10:00pm). Ia juga akan turut ditayangkan di pelbagai rangkaian yang lain di Malaysia serta seluruh dunia termasuk di Internet.

Antara artis yang bakal membuat persembahan nanti ialah Rolling Stones, Bon Jovi, Eric Clapton, Dave Grohl, Billy Joel, Alicia Keys, Chris Martin, Bruce Springsteen & E Street Band, Roger Waters, Eddie Vedder, Kanye West, The Who dan Paul McCartney.



Selain itu, senarai baru selebriti-selebriti yang turut terlibat telah dikeluarkan, termasuk Steve Buscemi, Jessica Chastain, Chelsea Clinton, Sean Combs, Billy Crystal, Leo DiCaprio, Jimmy Fallon, Jake Gyllenhaal, Karlie Kloss, Seth Meyers, Bobby Moynihan, Chris Rock, Adam Sandler, Susan Sarandon, Jon Stewart, Kristen Stewart, Quentin Tarantino, dan Brian Williams.

Dianggarkan, hampir 2 bilion orang daripada 190 negara akan menonton "12-12-12" di televisyen, radio dan internet. Konsert yang dibawakan oleh Chase ini akan ditayangkan kepada 114 juta televisyen di Amerika Syarikat dan lebih daripada 400 juta televisyen antarabangsa melalui rangkaian di Amerika Utara / Selatan, Eropah, Afrika, Asia dan Australia.

Jadi... jangan lupa temujanji anda bersama konsert terhebat ini, hanya di Sundance Channel, saluran Astro.

No comments: