15 January 2013

3 GAMBAR - 'AMARRA SOFEA ROSE', NAMA BABY EIRA SYAZIRA


"Such a lovely sweetheart. Mommy LOVE you so much my beautiful manja," demikianlah ucap Eira Syazira terhadap babynya bernama 'Amarra Sofea Rose' yang lahir pada 11 Januari lalu.

Lebih menarik, tarikh lahir tersebut juga bersamaan dengan tarikh lahir penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.

Gambar baby Eira (atas & bawah sebelah kanan)
yang dikaburkan - Klik untuk imej besar...



“Nama Sofea Rose sudah lama saya pilih. Hanya perkataan Amarra yang kami tambah baru-baru ini.

“Sejak Eira mengandung, hubungan saya dengan kedua-dua ibu bertambah rapat. Secara kebetulan, pangkal nama ibu saya dan ibu mertua bermula dengan perkataan ‘Ro’.

“Saya pilih nama Rose sebagai tanda penghargaan buat mereka,” ujar suaminya Azad Jazmin kepada media.

Saat Azad menemani Eira bersalin...


Untuk info, Eira selamat melahirkan Amarra Sofea Rose seberat 4.2 kilogram menerusi pembedahan “Caesarean” di hospital Columbia Asia, Puchong, Selangor.

“Saya masih pelik dan terpinga-pinga sebab tidak pernah alami pengalaman ini. Susah hendak terangkan tetapi siapa yang sudah bergelar bapa akan tahu perasaan saya sekarang.



“Bayangkan, kegembiraan yang luar biasa ini menyebabkan saya menitiskan air mata tanpa disedari setiap kali melihat wajah anak.

“Eira pun saya lihat terlalu susah hendak berenggang dengan anak kami,” katanya Azad.

Bagaimanapun, pasangan ini masih belum bersedia berkongsi gambar Amarra Sofea Rose untuk tatapan peminat mereka. Yang ada setakat ini, hanyalah dua keping gambar bayi mereka yang dikaburkan.

No comments: