14 January 2013

INFO - NOWSEEHEART IKUT JEJAK SAUJANA


INFO TERKINI:

Baru-baru ini, industri nasyid tempatan digemparkan dengan penampilan terbaru kumpulan Saujana yang kini hanya berempat. Terbaru, bakal mengikut jejak langkah Saujana merupakan kumpulan nasyid yang memang tidak asing lagi, Nowseeheart (NSH), yang mana salah seorang daripada anggota asal mereka, Firdaus Baharuddin, atau lebih dikenali sebagai Firdaus NSH telah membuat pengunduran dari kumpulan tersebut atas alasan komitmen kerja di samping masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

Pengunduran Firdaus daripada kumpulan tersebut agak mengejutkan kerana kumpulan yang dahulunya dianggotai oleh enam orang sahabat, kini hanya tinggal empat orang ahli sahaja yang masih terus aktif memperjuangkan dakwah melalui irama nasyid setelah Mujahid Abdul Wahab juga melakukan perkara yang sama beberapa tahun terdahulu.

Klik untuk imej besar...


FIRDAUS NOWSEEHEART


Empat anggota terkini Nowseeheart (NSH), Idzhar Jumali, Sariman Abd Manap, Huzaimi Zaini, Azhari Abd Rahman walaubagaimanapun tetap cekal dan tabah meneruskan perjuangan dakwah mereka dalam industri seni suara nasyid walaupun tanpa kehadiran Firdaus di dalam kumpulan.

Disamping itu, Nowseeheart (NSH) juga tetap optimis meneruskan penghasilan single terbaru mereka bersama UNIC Records dengan kerjasama Anugerah Entertainment.

Nantikan kemunculan single terbaru mereka yang bakal ke udara tidak lama lagi.

Artikel ini Disediakan oleh:
Nur Atilia Mansor

No comments: