29 January 2013

IMRAN AJMAIN - 'LUKA ITU PERLU'

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa maksud 'Luka Itu Perlu' yang diperkatakan oleh penyanyi Imran Ajmain? Mungkinkah beliau luka akibat putus cinta atau hatinya teruk terluka gara-gara wanita yang disukainya?

Namun semua persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila Imran mendedahkan bahawa ia sebenarnya hanya merupakan filem dokumentari pendek mengenai lagu terbaru Imran sendiri berjudul 'Dikalung Kasihan'. Filem pendek tersebut katanya mengisahkan tentang mengapa 'orang kita' minat dengan lagu-lagu yang berunsur sedih.




"Selain itu, persoalan mengapa ia dipromosikan sebagai seni selama ini turut akan terjawab. "Luka itu Perlu" adalah bait lirik daripada single saya sendiri dan ia dijadikan tontonan sebagai satu wadah ilmu untuk kita semua," ujarnya.

Untuk info, filem ini telah ditayangkan ketika pelancaran Karaoke 'Dikalung Kasihan' baru-baru ini di RedBox, The Gardens, Kuala Lumpur. Album ketiga nyanyian Imran itu telah dicipta oleh penggubah terkenal tanahair, Azlan Abu Hassan.

Jom tonton:



No comments: