03 January 2013

KES DADAH - ZARINA ANJOULIE MINTA DIBICARAKAN


Jika pada Februari 2010, pelakon kontroversi Zarina Anjoulie atau lebih popular dengan gelaran 'anak pontianak' kerana lakonannya dalam drama seram mendakwa tidak bersalah apabila ditahan dan diuji air kencing dalam satu sekatan jalanraya di LCCT, namun melalui tangkapan dadah pada 30 Disember 2012 lalu lain pula ceritanya.

Ini kerana, beliau yang telah ditangkap bersama teman lelakinya dalam satu serbuan polis di sebuah rumah mewah di Damansara Damai, Petaling, Selangor atas dakwaan menyimpan dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, mengaku tidak bersalah semalam di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki dadah itu.




Zarina, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.

Tiada ahli keluarga yang menjamin Zarina... mungkinkah beliau
terpaksa meringkuk di lokap hingga pembicaraan akan datang?


Untuk info, dalam serbuan tersebut, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.

KES DADAH ZARINA SEBELUMNYA...
KLIK DI SINI



No comments: