15 January 2013

MEDIA PRIMA DIGITAL PERKENAL 'TV EVERYWHERE'


Petaling Jaya, 15 Januari 2013 – Penyiar media atas talian di Malaysia, Tonton terus melangkah ke hadapan apabila mewujudkan pula siaran ‘TV EVERYWHERE’. Pengguna internet kini mempunyai akses tontonan lebih banyak untuk menonton siaran langsung televisyen di bawah Media Prima Berhad dan RT Global di seluruh dunia.

Lima saluran yang diwujudkan itu ialah TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan saluran berita RT Global yang menawarkan hiburan dan informasi lengkap kepada pelayar di Malaysia secara percuma. Kesemua saluran ini boleh ditonton secara langsung selama 24 jam sehari menerusi komputer, telefon pintar dan tablet (Android 2.3 dan ke atas) dan Iphone (iOS 4 dan ke atas) di www.tonton.com.my/livetv.

Klik untuk imej besar...



“Tonton berazam untuk terus komited dalam menawarkan siaran genre tempatan dan antarabangsa terbaik menerusi pengenalan ‘TV EVERYWHERE’ yang boleh ditonton di mana-mana sahaja. Kami juga menjangkakan peningkatan aktif jumlah lawatan di portal Tonton menerusi tawaran percuma ini," ujar Lam Swee Kim, selaku Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital dan Pemasaran Bersepadu, Media Prima Berhad.
 

No comments: