15 January 2013

GAMBAR - BAYI ATIE AF1 YANG COMEL


Mungkin anda masih ingat bagaimana Atie AF1 (Akademi Fantasia musim pertama) amat teringinkan anak selepas berkahwin dengan Saiful Anuar Baharin sekitar tahun 2007. Malah keluhannya itu pernah disiarkan oleh media pada 2011 dengan doa agar beliau dikurniakan cahaya mata kelak.

Sesungguhnya Allah itu Maha Besar. Doa Atie akhirnya dimakbulkan apabila beliau selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira seminggu lalu di Hospital Ampang, Kuala Lumpur. Bayi comel tersebut telah diberi nama Zara Rijwani Saiful, dan sekaligus melengkapkan rumah tangga mereka. Jom tengok..!

Gambar baby selepas ini - klik untuk imej besar...



Atie dan babynya Zara Rijwani..


No comments: