29 January 2013

VELVET KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ELITE


Demi mengembalikan era kegemilangan girl band tanah air, Iqa (bekas finalis Mentor 5) muncul dengan imej terbaru untuk mengeskplorasi visi muziknya di dalam sebuah band yang diberi nama VELVET.

Menariknya, VELVET merupakan sebuah rock band terulung daripada KRU Music yang membariskan ahli wanita di dalamnya iaitu terdiri daripada Iqa (vocalist/pemain bass), dan diiringi dua nama baru industri muzik tanah iaitu Alea (pemain gitar utama) dan Shana (pemain gitar kedua), yang juga turut berpengalaman beraksi di pentas indie.




VELVET bermaksud lembut seperti baldu. Ini memberi simbolik kepada VELVET yang diterajui oleh wanita di mana unsur-unsur femenisme masih dikekalkan bersesuaian dengan konsep dan genre lagu yang di bawa walaupun memperjuangkan irama rock.

LUKA merupakan taruhan pertama VELVET yang berkonsepkan pop rock dan komersil. KRU Music yakin LUKA bakal mendapat respon yang positif dan mampu diterima oleh peminat muzik rock tanah air. Lagu ini mempunyai melodi yang catchy, mesra pendengar dan mempunyai lirik yang mudah difahami.

"Susunan muzik LUKA agak sedikit berat tetapi melodinya sangat mainstream bersesuaian dengan konsep band dan citarasa pendengar masa kini. Keseluruhannya kami dapat mengekspresikan jiwa kami di dalam lagu ini“, kata Iqa VELVET.

”Luka“ ciptaan sepenuhnya komposer berbisa Edry Abdul Halim ini lebih mengisahkan tentang perasaan seseorang wanita apabila yang dihampiri seorang lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati. Wanita itu tidak mahu meletakkan harapan pada cinta kerana tidak mahu terluka.

No comments: