20 February 2013

6 GAMBAR - AKSI LANA NORDIN & KEKASIH MAT SALEH


Masihkah anda ingat dengan aksi seksi pelakon Lana Nordin, 34, yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia tidak lama dulu? Kalau tak ingat, biar kami imbaskan kembali bagaimana Lana ketika itu bikin panas dengan hanya berbikini di Indonesia.

Kini setelah beberapa ketika menyepi, Lana yang dikhabarkan baru kembali dari Bali, Indonesia masih tampil dengan imej seksi menampakkan lurah. Namun yang lebih menggemparkan, Lana pulang ke Malaysia bukan seorang diri, tetapi bersama jejaka Mat Saleh yang muda 10 tahun daripadanya.

Klik untuk imej besar...



Bila ditanya, Lana mengakui yang dia masih tak serik gagal dalam cinta dan berkata dia memberi kebebasan pada jejaka yang bernama Pavel Micahalec, 24, itu membuat keputusan. Tambahnya, dia juga tidak memaksa Pavel yang berketurunan Czech itu untuk memeluk Islam sekiranya jejaka itu belum bersedia.

"Dia memang ada mendalami Islam, tetapi saya tidak memaksanya. Perkenalan kami yang masuk bulan ke lapan amat bahagia kerana kami saling memahami antara satu sama lain," ujar Lana ketika ditemui myartis.com di Finas, Ulu Klang, semalam.



Sementara bagi Pavel pula, dia menafikan yang dia rapat dengan Lana kerana wanita tersebut popular sebagai seorang artis. Katanya sifat mudah mesra dan bertolak ansur membuat dia tertarik berkawan dengan Lana.

Bagaimanapun, bila ditanya mengenai perkahwinan, mereka berkata yang mereka masih belum bercadang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

"Buat masa ini kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Belum ada perancangan untuk kahwin lagi," ujar Lana.









No comments: