19 March 2013

AIZAT AKUI RAPAT DENGAN ZEE AVI


Akhirnya tanpa berselindung penyanyi Aizat mengakui beliau kini agak rapat dengan penyanyi Zee Avi. Bagaimanapun, secara berlapik Aizat mengatakan hubungan mereka belum sampai ketahap serius sebagaimana pasangan kekasih yang lain.

Aizat atau nama sebenar Muhammad Aizat Amdan, 22, sebaliknya berkata mereka berdua juga sering berkongsi pendapat tentang muzik.

Klik untuk imej besar...



"Dari dulu saya memang minat dengan dia, lepas tu saya dapat tahu dia duduk berhampiran dengan rumah saya.

"Ya, kami selalu keluar bersama jika ada waktu kelapangan. Hubungan kami rapat sejak tahun lalu," ujarnya pada media.



Untuk info, Aizat sebelum ini telah digosip mempunyai hubungan percintaan dengan Zee Avi selepas mereka didakwa sering dilihat bersama ketika Zee bertandang ke Malaysia.

Lebih menguatkan dakwaan, mereka turut bekerjasama dalam sebuah lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaru Aizat.

"Kami memang ada buat sebuah lagu bersama untuk dimuatkan dalam album saya nanti, namun belum ada tajuk lagi kerana ia masih dalam proses pembikinan," ujarnya.

No comments: