08 March 2013

'SEMALAM TANPAMU' SELAMAT JALANI PENGGAMBARAN


Kelmarin, berlangsungnya penggambaran klip video “Semalam Tanpamu”, KRU feat Stacy iaitu sebuah lagu yang terdapat di dalam album terbaru KRUnomena. Difahamkan, Single tersebut semakin mendapat tempat di hati peminat apabila sering diputarkan di stesyen-stesyen radio tanah air.

Album KRUnomena memuatkan 10 lagu kesemuanya seperti Setiap, Semalam Tanpamu, Kesejatian Cinta, Separuh Mati, Sediakala, Lagu & Lirik dan Kali Ke-2. Tiga lagu popular yang turut dimuatkan di dalam album ini adalah Ganas (2011), Tiga Kata (2012) dan Wanita (2012).

Klik untuk imej besar...



Klip video “Semalam Tanpamu” menjalani penggambaran di Carcosa Seri Negara dan diarahkan oleh pengarah tersohor tanah air, Yusry Abdul Halim. Video klip ini bakal ditonjolkan dengan 4 elemen seperti “Spade, Heart, Club dan Diamond” yang secara keseluruhannya melambangkan empayar kekuasaan KRU. Klip video ini juga adalah sebuah MTV yang menarik dan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Ia adalah hadiah istimewa khas buat tatapan peminat KRU dan Stacy.

Video klip yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM40,000 ini turut mendapat tajaan solekan daripada Plamentes HD Graftobian Asean dan sentuhan pereka busana terkenal tanah air iaitu Fairus Ramdan (FR). Video klip ini bakal melalui proses suntingan terlebih dahulu sebelum dilancarkan pada penghujung bulan Mac 2013.


GAMBAR -GAMBAR..













No comments: