24 April 2013

CINTA NABILA & NAS-T: SAYA HANYA TAHU DI AKHBAR - AMY SEARCH


Nabila Huda masih belum memberitahu bapanya vokalis kumpulan Search iaitu Amy mengenai percintaannya dengan Nas-T. Demikian pengakuan Amy, 55, sendiri mengenai kemelut cinta yang sedang hangat melanda anaknya itu.

"Saya tidak kisah dengan pilihan Nabila dan berharap mereka berdua dapat mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu.




"Bagaimanapun, dia belum memberitahu saya apa-apa mengenainya cuma saya ada terbaca di akhbar. Nabila sudah besar dan mampu buat keputusan sendiri jadi pada saya tiada masalah dengan siapa dia ingin bercinta," ujar Amy ketika ditemui semalam.

Terdahulu, Amy turut memberitahu yang beliau tidak mengenali Nas-T sebagai seorang selebriti. Perkara itu katanya hanya diketahui selepas berita percintaan Nabila tersiar di akhbar.



"Nabila belum menyampaikan hasrat untuk membawa Nas-T menemui saya. Masih awal. Biarlah mereka kenal hati budi masing-masing terlebih dahulu," katanya ringkas.


AKSI NABILA & NAS-T - Klik untuk imej besar...











No comments: