14 May 2013

KISAH BENAR PEKIN DALAM 'MEMOIR BUKAN MEMOIR'


MEMOIR BUKAN MEMOIR merupakan sebuah buku penceritaan mengenai perjalanan Pekin Ibrahim di dalam mengejar impiannya menjadi seorang artis terkenal. Ia bakal dilancarkan pada Jumaat ini di Pentas utama, Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan.

Menurut penerbitnya Merpati Jingga, buku ini bukan seperti memoir biasa, malah ia bermula daripada Pekin berusia 15 tahun sehingga ke-awal 20an, ketika beliau dan rakan saudaranya, Danny berhijrah ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Ia merupakan kisah benar pelakon ini!

Penerimaan pengarah Silver Chong melalui filem vcd Pendekar (2000) menjadi lesen kepada Pekin ke dalam industri filem Negara dan antarabangsa. Pahit manis liku yang dilalui Pekin dinukilkan secara ringan.




Perjalanan hidupnya selama lima tahun (1996 ke 2000) memberi iktibar kepada remaja-remaja yang masih merewang-rewang dan juga sebuah penceritaan sebenar seorang insan bernama Pekin Ibrahim, sesuai kepada setiap peringkat umur.

Perjalanan yang dilalui itu juga banyak mengajar beliau menjadi lebih matang dan menginsafi akan kesalahan, keabaiannya masa lalu. Kesusahan itulah membuka hati Pekin untuk mengucup tangan ibunya buat pertama kali, yakni ketika beliau pulang berHari Raya pertama kali selepas merantau ke Kuala Lumpur.



Pencapaian tertingginya apabila mendapat tawaran berlakon sebagai pelakon utama filem Bunohan yang berjaya menyertai pelbagai festival filem antarabangsa yang berprestij.

Jadi bagi anda yang rasa teruja mahu membawa kisah selanjutnya, pastikan anda membeli buku ini yang bakal berada di pasaran. Selain buku nukilan Pekin, terdapat juga buku yang dihasilkan oleh ZAHIRIL ADZIM, juga pelakon filem Bunohan berjudul BOGEL MENUJU TUHAN.

No comments: