15 May 2013

SAYA BUKAN ANAK DERHAKA - AFIQ MUIZ


Dalam kegembiraan insan lain menyambut hari ibu baru-baru ini, namun pelakon Afiq Muiz, 21, terpaksa pula menyangkal dakwaan ibu kandungnya Hasliza Mohd, 48, bahawa dirinya mula berubah sikap dan lupa diri selepas bergelar pelakon.

Benarkah dakwaan tersebut? Atau mungkin ada yang terkhilaf dalam permasalahan ini hingga menimbulkan salah faham?

Klik untuk imej besar...



Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, ketika ditemui dalam sidang media semalam bagaimanapun menafikan yang beliau membuang keluarga serta adik beradiknya. Dakwa pelakon Mimpi Cinderella itu, dia sebaliknya telah dihalau oleh ibunya sejak awal tahun lalu.

"Saya tidak keluar rumah dan tidak pernah buang keluarga tetapi Umi yang halau saya keluar dari rumah itu.

"Saya juga tidak tahu apa motif Umi cakap saya anak derhaka, apa salah saya?, Umi sudah tidak sayangkan saya lagi," katanya dengan perasaan sedih.



Tambahnya, terdapat salah faham dan masalah dalaman keluarga antara dia dan ibunya sehingga berlaku perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati antara mereka.

"Saya sayang ibu dan adik-adik saya, selama ini saya bekerja memang untuk menanggung keluarga tapi mereka tidak faham keadaan saya.

"Setiap hari kalau saya balik rumah, dia sentiasa marah-marah saya dan kata macam-macam tapi saya tetap balik rumah hingga dia betul-betul halau dan saya nekad untuk keluar rumah.



"Saya keluar rumah kerana mahu buktikan pada Umi bahawa saya boleh berjaya, tapi dia pula menganggap saya anak derhaka dan mendoakan keburukkan kepada saya," ujarnya.

Berikutan itu, beliau mengakui kesihatannya semakin terjejas serta pernah mengalami muntah berdarah. Namun tidak pasti apakah ia ada kaitan dengan doa ibunya itu.

"Saya marah ibu dan adik-adik saya kerana menuduh Eina berkawan dengan saya sebab mahu kikis duit saya, padahal secara jujurnya tiada apa pun yang saya ada.

"Saya tiada duit atau harta yang nak diberikan kepada dia, dia sendiri mampu kerana dari keluarga yang berada. Saya minta adik-adik saya berhenti dari mengutuk Eina di laman sosial kerana akan menjejaskan nama baik dia.

"Tapi emak dan adik-adik tidak faham dan tetap mengutuk Eina, saya sendiri malu dengan keluarga dia," kata Afiq sambil mengakui yang dia agak rapat dengan keluarga Eina.

Mengenai isu wang berjumlah RM30,000, Afiq mendakwa ia adalah duit kontrak daripada sebuah syarikat penerbitan dan telah dibelanjakannya untuk urusan penyewaan rumah baru.

"Saya guna duit itu untuk urusan rumah baru dan barang-barang kelengkapan rumah saya serta diri sendiri dan ada selebihnya untuk simpanan.

"Saya tidak beri duit itu pada Eina seperti mana Umi dan adik-adik saya sangkakan," katanya.

Sehubungan itu, Afiq meminta agar ibunya berhenti memburukkan dirinya dan menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik.

"Saya seboleh-bolehnya memang tidak mahu orang luar tahu perkara ini kerana ia memalukan keluarga sendiri. Saya mahu ia diselesaikan cara baik dan berharap agar ibu berhenti berperasangka buruk terhadap dirinya dan keluarga Eina," tambahnya.

No comments: