31 May 2013

LINDA HASHIM SOLAT TAUBAT SEBELUM KAHWIN


"Sebagai persiapan diri, saya banyak buat solat sunat taubat dan hajat. Sebagai manusia biasa kita banyak melakukan kesilapan dan kalau boleh perkara baik ini Allah akan memudahkannya ," kata Linda Hashim atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29.

Ini berikutan hari bahagia antaranya dengan Beego bakal berlangsung beberapa hari lagi iaitu di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 7 Jun 2013 selepas solat Isyak.




Sementara majlis resepsi mereka pula bakal diadakan sehari selepas itu di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang dekat sini bermula pukul 7 malam.

"Saya banyak menjaga pemakanan dan mengambil vitamin tambahan bagi menjaga kesihatannya menjelang majlis tersebut. Saya takut kalau demam atau sakit pada hari itu nanti, jadi saya jaga pemakanan dan ambil vitamin tambahan untuk tambah tenaga.

Kad kahwin Linda dan Beego...


"Selain itu, saya juga lebih berhati-hati kerana orang tua-tua kata nak jadi pengantin baru, ‘darah manis’ tapi terpaksa jugalah keluar buat apa yang patut," tambah Linda.

Antara jemputan yang telah menegsahkan kehadiran dalam majlis itu nanti ialah penyanyi veteran Indonesia iaitu Endang S.Taurina. Beliau bukan hanya sebagai jemputan istimewa, malah turut sanggup membuat persembahan menghiburkan tetamu.



Untuk mklumat, Linda dan Beego telah mengikat tali pertunangan pada 3 November tahun lalu meskipun terpaksa melalui pelbagai gosip pahit.

No comments: