24 June 2013
ACHEY JUARA BINTANG MENCARI BINTANG
Malam tadi, program seolah Raja Lawak iaitu Bintang Mencari Bintang (BMB) terbitan TV3 telah sampai kemuncaknya. Dan seperti yang diduga, peserta Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah telah dinobatkan sebagai Juara program realiti tersebut dalam konsert akhir yang berlangsung di Stadium Malawati.
Anak didik Harun Salim Bachik iru telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi, manakala tempat kedua dimenangi oleh anak didik Afdlin Shauki iaitu kumpulan Bocik (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan). Mereka menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.
Terdahulu, kumpulan Titan (Fazlisham Mat Hussin dan Azizul Ammar Abu Hassan), iaitu anak didik Sabri Yunus hanya sekadar mendapat tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM60,000 diikuti oleh kumpulan Tapaw (Mod Shah Rizal Sulaiman dan Khairul Faiz Sulaiman), anak didik Faizal Ismail yang mendapat RM30,000 beserta trofi di tempat keempat.
Untuk makluman, Bocik, Achay, Tapaw dan Titan telah membuat dua persembahan iaitu secara solo dan bergandingan dengan sifu masing-masing. Ia merangkumi tiga minit sketsa komedi dan dua minit nyanyian sebagai menyerlahkan bakat masing-masing sebagai 'Bintang'.
Program malam itu juga diserikan oleh pelawak veteran Datuk Jamali Shadat, Mat Sentol dan Hamid Gurkha yang turut membuat penampilan istimewa.
Boleh dikatakan, Bintang Mencari Bintang berjaya mencungkil bakat baru di negara ini sebagai pelapis kumpulan Senario dan sekaligus menyerlahkan bakat mereka untuk menjadi Bintang.
No comments:
Post a Comment