21 June 2013

BAJU SENDAT - SHILA AMZAH ANGGAP SATU PENGAJARAN


"Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim," demikian dakwa Shila Amzah yang dihimpit kontroversi gara-gara gambar pakaian sendat yang di uploadnya di internet.




Tambah penyanyi itu, tindakannya memuat naik gambar pakaian senaman tersebut di Instagram sekadar untuk berkongsi bersama peminat semata-mata.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka ianya boleh menyebabkan segelintir pihak menganggap gambar tersebut sebagai kurang sopan.

"Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim.

Pakaian sendat yang menimbulkan isu...


"Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif," jelasnya kepada media.

Terdahulu, Shila yang kini bermastautin di Shanghai, China mengakui aktif berkomunikasi dengan peminat-peminatnya melalui laman sosial Instagram untuk berkongsi aktivitinya setiap hari.

"Saya tinggal di sana sendirian jadi saya banyak habiskan masa dengan peminat jika ada masa terluang.

"Mungkin kerana itu saya tidak menyangka ia boleh dijadikan isu kerana saya faham cara berfikir kita berbeza, saya fikir lain orang lain pula nampak lain," jelasnya yang menjadikan ia sebagai satu pengajaran dikemudian hari.

Mengenai isu bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad yang kini dikatakan rapat dengan seorang pelakon baru berasal daripada Singapura, Elfaiza Ul Huq, Shila menganggap ia adalah perkara peribadi pelakon tersebut.

"Hubungan kami sudah berakhir dan itu adalah hak dia untuk berkawan dengan siapa sahaja.

"Bagus untuk dia dan saya harap yang terbaik sahaja," kata yang mendakwa tidak mengikuti perkembangan aktor tersebut.

Tambah Shila, banyak laman web yang diharamkan di China, jadi dia kurang ambil tahu. Kadangkala katanya, berita industri hiburan Malaysia pun dia banyak yang ketinggalan.

No comments: