13 June 2013

BILA RAZALI HUSSAIN NIKAH DALAM SENYAP


Tahniah diucapkan buat pelakon Razali Hussain, 37, yang selamat bernikah dengan seorang guru berusia 29 tahun. Mereka berdua telah diijabkabulkan pada 7 Jun lalu di Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Cheras, Selangor.

"Benar saya sudah bernikah dengan seorang wanita yang sudah saya kenali tiga tahun lalu. Majlis resepsi pula telah berlangsung pada Sabtu lalu di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan.




"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Bukan saya mahu rahsiakan perkara baik ini. Cuma tidak mahu heboh-hebohkan. Tetapi kalau orang tanya, saya akan mengaku yang saya sudah berkahwin," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, majlis nikah tersebut berlangsung di sebelah pihak perempuan. Jemputan yang hadir pada hari itu hanyalah teman-teman rapat yang menyertai program Audition termasuk penyanyi Farhan.

Apapun, marilah kita doakan agar rumahtangga yang dibina itu akan berkekalan hingga hujung nyawa. Amin!



No comments: