13 June 2013

VIDEO PELAJAR AMERIKA - NAJWA LATIF TERHARU


Najwa Latif bukan hanya terharu, malah merasa bersemangat apabila lagunya berjudul 'Sahabat' dinyanyikan oleh sekumpulan pelajar sekolah di Amerika Syarikat (AS) menerusi YouTube.

"Saya terharu dan sebak apabila menonton video tersebut di YouTube.




"Tidak sangka pelajar-pelajar di sana (Amerika) begitu senang membawakan lagu Sahabat. Rasa macam tidak percaya.

"Ini menunjukkan lagu tersebut mudah diterima oleh sesiapa sahaja, Alhamdulillah," katanya yang diberitahu oleh rakan melalui Twitter.

Video pelajar US yang menyanyikan lagu 'Sahabat'...


Untuk info, video 'Sahabat' tersebut telah diupload menerusi laman YouTube oleh sekumpulan pelajar muzik di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Lebih menarik, pelajar-pelajar tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan lancar sehingga membuatkan guru muzik yang mengajar mereka menitiskan air mata.

“Jujur dikatakan saya sendiri tidak terfikir bahawa ada pihak di negara luar yang mahu membawakan lagu Sahabat.

"Namun, apabila melihat video tersebut membuatkan saya yakin untuk memperkenalkan muzik saya di Eropah. Mana tahu, kalau diberi peluang, apa salahnya, " ujar Najwa.

No comments: