12 June 2013

ZAHID AF DISERANG ASMA KETIKA BULAN MADU


Jika pada 7 Jun lalu, penyanyi dan penyampai radio, Zahid Baharudin atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 33 selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Sarah Julifa Yusof, 25, dengan hanya sekali lafaz... namun hal yang berlaku semalam lain pula ceritanya. Zahid terpaksa menerima rawatan lanjut apabila beliau sukar bernafas ketika berbulan madu di Cameron Highlands.

Klik untuk imej besar...



"Saya asma... Saya ok... Geheheh... Terkejut naik cameron highlands ni," ujar Zahid berseloroh di Instagramnya.

Untuk info, selepas berbulan madu, keluarga Zahid AF akan mengadakan majlis sambut menantu di Teluk Intan, Perak pada 15 Jun ini.

Harapan kita, moga Zahid cepat sembuh daripada penyakit asma yang dihidapinya. Amin!

Saat bahagia Zahid dan Sarah 7 Jun lalu...




No comments: