11 June 2013

DAYANG JANJI PERSEMBAHAN PALING MANTAP


Dayang Nurfaizah, bakal menggegar dan memukau peminatnya dalam persembahan khas pada 23 Jun ini jam 8.30 malam, bertempat di The Venue, Pavilion Kuala Lumpur.

“Kasih dan sokongan peminat-peminat amat bermakna pada saya, kerana dengannya, saya masih dapat meneruskan kembara saya dalam arena muzik,” ujar penyanyi itu.




Pada malam itu, gandingan pemuzik terbaik negara di bawah pimpinan Jenny Chin, pastinya akan mencipta sejarah tersendiri dengan persembahan cukup mantap. Tambahan pula, Dayang seperti yang kita kenal merupakan seorang artis yang semenangnya hebat membuat persembahan 'live'.

“Ia pastinya akan lebih intim, lebih ‘personal’ dan mempunyai lebih Dayang.

"Saya amat teruja dan tidak sabar rasanya untuk bersama dengan semua peminat-peminat pada malam itu. Sebagai bonus, saya akan menyanyi lagu 'Bisikan Rindu', lagu tema dari drama bersiri Astro Mustika - Dahlia," ujar penyanyi yang telah melibatkan dirinya dalam industri muzik selama 14 tahun itu.

Untuk info, persembahan khas tersebut menjanjikan yang terbaik dari Dayang apabila beliau akan membawakan lagu-lagu yang telah dipilih dengan teliti dari album beliau, termasuk juga beberapa lagu cover.

Bayaran masuk untuk persembahan istimewa ini adalah RM70 (termasuk satu minuman ringan). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 2143 3022 / 03 2110 2800

No comments: