19 June 2013

KES 'PERANGKAP' KHALWAT - TUNANG SHAHRIZAL 'NO KOMEN'


Siapa salah dan siapa yang betul? Persoalan ini pastinya berlegar diminda ramai pihak yang mengikuti isu kes tangkapan khalwat Shahrizal Jaszle, 25.

Ini kerana, menurut Shahrizal, dia diperangkap oleh seorang wanita... manakala pendedahan terkini wanita tersebut di Melodi TV3 pula, dialah yang menjadi mangsa pelakon itu.




Sehubungan itu, tunang Shahrizal iaitu Redzwani Puteri, 25, ketika ditanya media berkata, beliau kini menyerahkan segala-galanya kepada Shahrizal sendiri untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

"Maaf banyak-banyak kerana saya sedang sibuk. Berkenaan isu tersebut saya serahkan kepada Shahrizal untuk selesaikan," katanya melalui SMS semalam.

Untuk makluman, seorang wanita yang mendakwa pasangan khalwat Shahrizal Ahad lalu tiba-tiba mendedahkan bahawa kejadian penangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu bukan satu perangkap, tetapi kejadian sebenar.

Selain itu, dia juga mendakwa Shahrizal, yang dikenalinya sejak setahun lalu telah berjanji untuk bertanggungjawab dan sekaligus menyelesaikan apa yang berlaku.

Lebih menarik dan mengejutkan, wanita tersebut turut mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon yang sedang meningkat naik itu.

"Maaf, saya tidak boleh nak bagi apa-apa komen. Perkara tersebut akan diselesaikan melalui satu sidang media yang akan dibuat oleh Shahz dalam masa terdekat ini," kata ibu dan pengurus Shahrizal yang dikenali sebagai Zaleha berhubung pendedahan wanita dalam program hiburan berkenaan.

No comments: