12 July 2013

ANAK YATIM PENGUBAT HATI ZIZAN NIN


Tahun ini, genaplah tiga tahun Zizan Nin dan isterinya, Hani Harun mendirikan rumah tangga, namun belum ada rezeki untuk mereka menimang cahayamata.

Komen Zizan, dia masih lagi berusaha dan banyak berdoa moga dimurahkan rezeki. Mungkin kerana itulah Zizan banyak membantu anak yatim... tambah-tambah di bulan Ramadhan yang Mulia ini.

Klik untuk imej besar...



Semalam, berlangsung satu majlis berbuka puasa anjuran Federal Hotels Internasional dan Aquila Emas bersama Media. Dikesempatan tersebut, Zizan dilihat amat mesra dengan anak-anak yatim dari Rumah Bakti Cahaya Hati dan Pertubuhan Rahoma Darul Fakir.

Mungkin hati Zizan terubat apabila dapat bermesra dengan anak-anak comel seperti itu.

"Pada tahun pertama dan kedua perkahwinan kami, memang saya benar-benar berharap untuk dikurniakan cahaya mata. Macam tidak sabar hendak jadi ibu dan bapa.

"Tetapi sekarang ini memasuki usia tiga tahun pernikahan, kami jadi lebih relaks. Kami reda dan akan menerima seadanya, tidak mahu terlalu mengharap. Biarlah waktu yang menentukannya dan kami akan terus berdoa kepada-Nya untuk menerima kehadiran anak sendiri," ujar Zizan sebagai berkata.









No comments: