18 July 2013

ISU MADU - AKHIRNYA HAJAT ASHRAF MUSLIM TERCAPAI


Akhirnya cerita tentang Ashraf Muslim yang mahu kahwin dua sejak beberapa bulan lalu sampai kemuncaknya. Pelakon yang pernah juga menjadi pengamal perubatan Islam itu mengaku telah bernikah kali kedua Di Thailand.

Beliau menikahi bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai lalu ketika dunia hiburan heboh mengenai isu tersebut. Ia sebenarnya hanya diketahui apabila Ashraf hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami.




Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab kemudian mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman.

Dan yang pasti, isu ini belum tamat kerana masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pelakon itu kerana mendakwa beliau tidak bercakap benar. Dakwa mereka, apa yang kesali, pelakon itu tidak memberitahu isteri pertamanya yang dia pergi ke Thailand untuk berkahwin... tetapi hanya menyatakan tujuan ke Bangkok adalah untuk business meeting.

Isteri kedua Ashraf...


Apa-apapun, tahniah diucapkan buat Ashraf. Moga selepas ini beliau akan menjadi suami yang adil tanpa berbelah bagi. Heh.

No comments: