26 July 2013

NORA DANISH AKUI 'RAPAT' DENGAN ANAK MENTERI


Jika bekas suaminya Jejai sudah berumah tangga, kini mungkin sudah sampai masanya untuk pelakon Nora Danish, 31, pula menamatkan zaman janda. Ini kerana, Nora kelmarin tidak berahsia lagi bahawa dia sedang berkawan rapat dengan anak seorang menteri bernama Nadeem (Muhammad Nadem Nazri).

"Dia mempunyai kriteria lelaki pilihan untuk menjadi suami," ujar Nora memberi pembayang.




"Saya berkawan dengan ramai orang, buat masa sekarang Nadeem adalah kawan lelaki paling rapat dengan saya, lagi pula rumah kami berdekatan dan senang untuk meminta bantuan daripadanya.

"Dia seorang yang baik, sentiasa bersikap positif dan suka bersedekah. Dia ada kriteria lelaki pilihan yang boleh dijadikan suami," katanya kepada media.



Untuk info, Nadeem adalah anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz. Gosip merebak pantas apabila pelakon itu memuat naik gambar mereka di laman sosial Instagram miliknya.

"Kami sekarang masih kawan, kalau ada jodoh dengan dia saya tidak boleh menolak, tapi setakat ini hati saya belum terbuka untuk mana-mana lelaki lagi.

"Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan untuk menjadi seorang isteri juga saya perlu betul-betul bersedia terutama dari segi pengorbanan," katanya seolah mahu menjawab soalan secara 'selamat'.



No comments: