16 July 2013

RAJA AZMI BERTUNANG DENGAN MOHD EDDIE


Kegagalan perkahwinan lalu tidak mematahkan semangat penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, untuk mendidikan rumah tangga semula. Ia terbukti apabila beliau akhirnya mengikat tali pertunangan dengan seorang duda iaitu gitaris CRK, Mohd Eddie Ghazali, 45, di rumah Raza Azmi sendiri di Ukay Perdana, Ampang, Selangor semalam.

Klik untuk imej besar...


Menurut penerbit itu, beliau mula berkenalan dengan Eddie pada 15 Januari 2013. Dan yang menggembirakannya, anak-anak turut dapat menerima hubungan itu demi melihat ibunya gembira.

"Walaupun perkenalan kami cukup singkat, saya yakin Eddie adalah lelaki yang sesuai buat saya," katanya kepada media.

Untuk makluman, majlis pertunangan itu telah dimulakan dengan majlis merisik terlebih dahulu. Anak sulung kedua-dua pasangan itu iaitu Mohd Daniel, 21, (anak Eddie) dan Puteri Suraya Mohd Jalani, 28, (anak Raja Azmi) telah mengadakan perbincangan bagi mewakili ibu bapa mereka.

Eddie telah menyerahkan tiga dulang hantaran yang berupa buah-buahan, manisan dan coklat serta telekung. Hantaran tersebut telah dibalas dengan hantaran berupa jam tangan, beg duit jenama Fossil, kemeja, kek, coklat dan biskut.

Difahamkan, mereka kemungkinan akan bernikah pada 15 September 2013 ini.

Puteri Suraya dan Mohd Daniel merisik untuk ibu bapa mereka


Eddie... pemain bes kumpulan rock 1990-an 'CRK'




Photo: Mstar

No comments: