21 August 2013

AMAR ASYRAF TIADA MASA BULAN MADU


Kata orang, jika baru bernikah... darah masih manis dan rasa sukar untuk berenggang dengan pasangan yang dinikahi itu. Namun ia berbeza sekali dengan Amar Asyraf yang baru bernikah dengan Arna Salleh kira-kira dua bulan lalu.

Kerana tugas, pelakon drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' itu mendakwa tidak mempunyai masa untuk berbulan madu. Tambah Amar, semuanya disebabkan jadual kerja yang padat hingga memaksa majlis resepsinya diadakan dua bulan selepas tarikh pernikahan (17 Ogos 2013).




"Memandangkan saya dan isteri memang sukakan pantai, kami rancang untuk ke selatan Thailand sama ada Koh Samui atau Krabi," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bercerita lebih lanjut selepas bergelar suami, katanya dia bahagia dengan kehidupan sekarang bersama isteri. Cuma pada awal-awal dia agak kekok sedikit, tapi semuanya bertambah baik sekarang.



"Sejak berkahwin juga, isteri lebih memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon dan sebagai suami, saya juga akan lebih menjaga batasan.

"Secara jujurnya saya tidak rasa rugi untuk kurangkan aktiviti lakonan dalam masa nama saya sedang meningkat naik kerana apa yang saya kejarkan bukanlah populariti namun kualiti lakonan," katanya yang bakal melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Seni di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

No comments: