19 August 2013

CINTA - MAMAT SEPAH TEMUI PENGGANTI


Patah tumbuh hilang berganti! Mungkin itu pepatah yang paling tepat buat bekas ahli kumpulan Sepah, Mamat (Mohd Noor Murad) yang sebelum ini putus cinta dengan pelakon Rafidah Ibrahim atau Fida.

Ini kerana, tanpa berselindung, pelawak tersebut akhirnya mengakui sudah menemui pengganti teman hidup iaitu seorang gadis bernama Nurul Syafiqa Zakaria, 23.




Difahamkan, hubungan cinta dengan pelajar Management and Science University (MSU) yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa itu terjalin setahun lalu.

"Kami berkenalan ketika nama saya jatuh gara-gara kontroversi, bukan ketika hidup senang.

"Kerana Syafiqa juga, saya mendapat semangat baharu untuk teruskan kerjaya di bidang seni ini.

"Alhamdulillah, dia merupakan orang yang sangat istimewa selepas keluarga saya," jelasnya sebagai berkata kepada media.

Meskipun mahu memperisterikan Syafiqa secepat mungkin, namun kata Mamat dia masih perlu menghormati dan menunggu pelajaran Nurul diselesaikan terlebih dahulu.

No comments: