01 August 2013

INFO - 500,000 TONTON 'AUTUMN DI HATIKU'


Drama bersiri web AUTUMN DI HATIKU yang ditayangkan menerusi portal video Tonton (www.tonton.com.my/autumndihatiku) mulai 3 Julai lalu mencatat kejayaan luar biasa dengan rekod melebihi 500,000 hits tontonan video. Drama yang diinspirasi menerusi fenomena K-Pop di Malaysia menampilkan aktres terkenal Hanez Suraya, bintang Korea Kim Jin Sung, Anas Ridzuan, Ezzaty Abdullah dan Aiman Hakim.




Merupakan drama web sulung terbitan portal video Tonton, kejayaan luar biasa AUTUMN DI HATIKU membuktikan penerimaan khalayak bagi drama yang disiarkan secara ‘online’ selain sokongan promosi berterusan daripada pihak media terhadap drama bersiri ini. Tambah istimewa, kesemua episod AUTUMN DI HATIKU kini boleh ditonton secara GLOBAL di seluruh dunia pada bila-bila masa secara PERCUMA.

AUTUMN DI HATIKU disiarkan menerusi 28 episod harian pada setiap Isnin sehingga Sabtu jam 12 tengah hari mengisahkan tentang Nina (Hanez Suraya), yang bekerja di sebuah kedai kek dan merupakan peminat fanatik K-Pop. Kemunculan seorang pelanggan, Park Au Tum, atau dikenali dengan ‘Autumn’ (Kim Jin Sung) di tempat kerjanya pada suatu hari telah mengubah segalanya.

Nina mendapatkan bantuan Zidick (Aiman Hakim) selain rakan karibnya Jaja (Ezzaty Abdullah) dan cuba memenangi hati Autumn. Kai (Anas Ridzuan) pula seringkali menganggu kehidupan dua gadis ini dan cuba menggagalkan usaha Nina. Manakala Zidick mulai menaruh hati terhadap Nina dalam diam-diam.

Bagi anda yang masih belum menonton, daftar akaun anda secara PERCUMA menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android & iOS) untuk akses ke Tonton pada bila-bila masa, di mana jua. Aplikasi TV Tonton juga turut terdapat di Samsung SMART TV dan ikuti Tonton menerusi Facebook, Twitter & Instagram untuk berita dan perkembangan terkini.

No comments: