28 August 2013

MAMPUKAH ZIZAN JADI HOS AF 2013?


"Rasa kerdil diri saya ini jika terpilih sebagai pengacara AF 2013 kerana pengalaman saya tidak sehebat mana seperti hos-hos terdahulu," begitulah ujar pelawak dan pelakon Zizan Razak merendah diri apabila kemungkinan terpilih menjadi hos program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) September ini.

"Saya bimbang tidak dapat menyaingi kehebatan pengacara terdahulu yang mempunyai pengalaman luas mengendalikan rancangan realiti itu.




“Bagaimanapun saya berbesar hati apabila nama saya disebut-sebut sebagai pengacara bagi musim terbaharu ini," tambahnya kepada media.

Untuk info, Zizan disebut-sebut bakal menerajui Akademi Fantasia sebagaimana Datuk Aznil Nawawi, Datuk AC Mizal, Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim.

Sehubungan itu, menurut Zizan dia sangat berbesar hati sekiranya pihak produksi memilihnya untuk mengacarakan program tersebut dan berjanji akan membuat yang terbaik.

"Bagaimanapun, sehingga kini saya masih belum menerima apa-apa untuk menyertai rancangan itu.

"AF memang terkenal dengan kejutan jadi musim ini mereka juga ingin membuat kejutan mengenai pemilihan pengacaranya. Jadi kita tunggu sahajalah," ujar Zizan.

Bagi yang belum tahu, program AF 2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September depan, diikuti dengan tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013.

Konsert pertama pula akan bersiaran secara langsung setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 14 September depan di Astro Ria.

Persoalannya, mampukah AF 2013 mengembalikan kegemilangan rancangan realiti tersebut sebagaimana musim kedua dan ketiga yang menjadi satu fenomena. Atau ia akan hanya menjadi satu program pengisian biasa yang sekadar memenuhi slot Astro Ria semata-mata?

No comments: