26 August 2013

SOO WINCCI BERJAYA 'PUASA' 28 HARI


Meskipun pernah dikecam oleh segelintir pihak kerana 'berpuasa', namun bekas ratu cantik Miss World 2008, Soo Wincci tetap berpuasa selama 28 hari pada ramadhan tahun ini. Alasannya, dia adalah rakyat Malaysia dan mahu sama-sama merasai apa yang dirasai oleh umat Islam keseluruhannya.

"Saya gembira kerana ada peminat berbangsa Cina yang sama-sama berpuasa dengan saya. Pengurus saya pun ikut sama berpuasa. Kalau boleh tiap-tiap tahun saya nak berpuasa," ujarnya dipetik sebagai berkata baru-baru ini.



Tahniah Soo Wincci... moga satu hari nanti terbuka pula hati beliau untuk memeluk Islam. Mana tahukan?











No comments: