27 August 2013

SYAMSUL YUSOF SUDAH SEDIA KAHWIN


"Saya sudah bersedia untuk berumah tangga," demikian luah pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 29, yang digosipkan bercinta dengan pelakon Puteri Sarah.

Bagaimanapun, bila ditanya siapakah gadis bertuah dan bakal calon isterinya itu... Syamsul masih mahu merahsiakannya. Kata anak Yusof Haslam itu, semuanya akan diketahui selepas filem terbaharu arahannya berjudul KL Gangster 2 ditayangkan pada 3 Oktober depan.




"Tentang calon biar saya simpan untuk diri sendiri dahulu dan saya sendiri akan umumkan kepada semua sekiranya ia benar-benar terjadi," ujar Syamsul kepada media.

Namun setakat ini, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail masih belum bertemu dengan calon isteri Syamsul itu lagi. Dalam hal ini, keluarga Syamsul tidak menghalang dengan siapa dia ingin bercinta malah sentiasa bertanya bila dia akan menamatkan zaman bujangnya.

"Keluarga tidak kisah dengan siapa saya nak bercinta malah mereka sering bertanya bila saya akan berkahwin. Malah saya sendiri sering memikirkan soal tersebut dan berharap peminat semua mendoakan yang baik-baik untuk saya.

"Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang perbincangan khusus mengenainya dan ia hanya satu perancangan," tambahnya.

No comments: